top of page
2.jpg

PENGENALAN

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Latihan atau Kursus dalam Perkhidmatan dan Pendidikan Lanjutan bagi staf agar staf mendapat latihan dan kemahiran yang diperlukan demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pengurusan yang efektif.

Aktiviti yang dijalankan adalah merangkumi semua jabatan-jabatan dan unit-unit. Pelaksanaan semua aktiviti dibantu oleh ahli jawatankuasa yang dilantik dari setiap jabatan dan bertindak sebagai penyelaras program jabatan masing-masing (Penyelaras Latihan Staf Jabatan).

ULPL bertanggungjawab di dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Hulu Terengganu (PHT) ke arah kecemerlangan pengurusan dan pendidikan jesteru memastikan setiap kakitangan menjalani latihan sekurang-kurangnya 3 hari dalam setahun.

Selain itu, ULPL juga bertanggungjawab untuk melaksanakan program dan aktiviti yang diarahkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) seperti Kursus PPK, CPCM dan EEP sepanjang tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi staf di setiap politeknik.

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KUDAP)
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH (SIP)
LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)
KOMPETENSI STAF PHT
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
  • Bilangan Hari Berkursus

LAIN-LAIN

SENARAI KURSUS PSH

bottom of page