SISTEM KECEMERLANGAN STAF V2.0
Politeknik Hulu Terengganu
Sistem ini diwujudkan untuk memberi ruang kepada semua warga kerja Politeknik Hulu Terengganu yang berdedikasi dan komited untuk diberi pengiktirafan sewajarnya atas usaha dan komitmen dalam menyumbang kepada kecemerlangan institusi. Sistem ini perlu diisi secara bulanan dan staf yang terpilih akan melalui proses saringan oleh Panel Penilai yang terdiri daripada Pihak Pengurusan Tertinggi PHT.
Sistem Kecemerlangan Staf PHT telah dinaiktaraf ke version 2.0 dengan menambahbaik skop tugas mengikut buku panduan tugas PPPT dan Syarat Lantikan/ Gaji/ Deskripsi Tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Version 2.0 yang dinaiktaraf telah mewujudkan Kategori Akademik dan Kategori Pengurusan. Bagi Kategori Akademik, pegawai yang perlu mengisi pencalonan ialah pegawai PPPT kategori 1 dan 2 sahaja. Bagi kategori pengurusan, pegawai yang layak mengisi ialah semua PPPT kategori 1,2,3 dan 4 yang memegang jawatan selain akademik. Bagi perjawatan skim J, F, N, S, R dan W, tuan puan perlu memilih mengikut jawatan maing-masing.
Sistem akan dibuka pada setiap 25hb dan ditutup pada 1hb setiap bulan. Pegawai-pegawai yang layak digalakkan mencalonkan diri bagi membantu politeknik memenuhi salah satu keperluan MQA

PPPT KATEGORI
AKADEMIK
PPPT Kategori 1 dan 2 sahaja
PPPT KATEGORI
PENGURUSAN
PPPT Kategori 1,2,3 & 4
yang memegang jawatan
