KEHADIRAN
Pelajar yang menjalani LI hendaklah sentiasa mematuhi peraturan hari dan waktu kerja industri berkenaan. Merujuk kepada Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi yang dikeluarkan oleh KPT (2010), pelajar TIDAK dibenarkan mengambil cuti semasa menjalani LI KECUALI dengan kelulusan industri. Permohonan cuti boleh dipohon terus kepada pihak industri. Pelajar perlu mematuhi keputusan industri sama ada permohonan cuti diluluskan atau sebaliknya. Pelajar dikehendaki merekodkan cuti berkenaan di dalam Log Book dan memaklumkan kepada pihak UPLI. Bagi permohonan cuti kecemasan, pelajar perlu memaklumkan kepada pihak industri dengan kadar segera. Permohonan cuti ini boleh dibuat selepas pelajar bertugas semula. Cuti kecemasan adalah merujuk kepada:
-
Kes kematian ahli keluarga terdekat (ayah / ibu / suami / isteri / anak / saudara kandung mengikut budi bicara pihak industri);
-
Kes kemalangan jalan raya melibatkan pelajar dan pelajar perlu memaklumkan kepada pihak industri dengan kadar segera; dan
-
Bencana alam (banjir, gempa bumi, tanah runtuh).
CUTI SAKIT / CUTI KUARANTIN
Pelajar yang mengalami masalah kesihatan atau terlibat dengan kemalangan dan mendapatkan rawatan di hospital / klinik kerajaan atau swasta, perlu mematuhi prosedur berikut:
-
Memaklumkan kepada pihak industri dengan kadar segera;
-
Menyerahkan sijil cuti sakit / surat arahan kuarantin kepada industri;
-
Pelajar hendaklah menghantar salinan sijil cuti sakit / surat arahan kuarantin kepada UPLI untuk makluman dan rekod;
-
Salinan sijil cuti sakit / surat arahan kuarantin juga hendaklah ditampal di dalam buku log; dan
-
Cuti kuarantin yang diarahkan oleh pihak berkuasa tidak menjejaskan tempoh masa LI.
TINDAKAN DISIPLIN DAN TATATERTIB

PERTUKARAN TEMPAT LI
Pertukaran tempat LI adalah TIDAK DIBENARKAN selepas pelajar melapor diri di industri. Pertukaran tempat LI hanya akan dipertimbangkan atas alasan yang munasabah dan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak institusi dengan persetujuan pihak industri. Pihak politeknik juga berhak untuk menarik balik penempatan LI pelajar di industri ketika dalam tempoh LI dan membuat penempatan yang baharu semula sekiranya ada keperluan mendesak atau atas faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Prosedur pertukaran tempat LI adalah seperti berikut:
​
-
UPLI menerima permohonan pertukaran tempat LI daripada pelajar secara bertulis;
-
UPLI meneliti dan menyiasat serta membuat pertimbangan kelulusan terhadap permohonan pertukaran tempat LI pelajar;
-
jika permohonan diluluskan, prosedur berikut perlu dipatuhi;
​
-
pelajar perlu membuat permohonan penempatan semula. Sila rujuk Prosedur Permohonan Penempatan LI.
-
pelajar perlu memastikan proses pertukaran tempat LI diselesaikan dalam tempoh 3 hari selepas permohonan diluluskan.
-
mengemaskini maklumat dalam aplikasi SPMP/iPUO.
​
4) tempoh latihan di tempat industri sebelumnya boleh diambil kira.
STRUKTUR PENILAIAN LI

FORMAT KANDUNGAN INDUSTRIAL TRAINING REPORT

COVER REPORT
